Sesi Libat Urus antara YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dengan YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan telah diadakan bagi membincangkan Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 di bawah Kementerian Pengangkutan.
Sesi libat urus ini antara lain membincangkan inisiatif-inisiatif untuk memantapkan sistem pengangkutan awam, rel, maritim serta keselamatan jalan raya.
Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim bin Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara, pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara dan Bahagian Cukai serta Pasukan Belanjawan 2026.
#Belanjawan2026
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja