Sesi Libat Urus antara YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan ll dengan YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah diadakan bagi membincangkan Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Sesi libat urus ini antara lain membincangkan inisiatif-inisiatif pengukuhan keterjaminan makanan serta usaha-usaha memantapkan sektor pertanian.
Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara, pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara serta Pasukan Belanjawan 2026.
#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI