Sesi Libat Urus antara YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dengan YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia telah diadakan bagi membincangkan Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Hadir sama ialah YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KESUMA dan pegawai-pegawai kanan KESUMA.
Sesi libat urus ini antara lain membincangkan inisiatif-inisiatif untuk menambah baik program pembangunan kemahiran selari dengan keperluan industri yang berasaskan sektor berpertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) di samping membangunkan pasaran buruh yang inklusif dan berdaya saing.
Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato' Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara, pegawai-pegawai kanan MOF dan Pasukan Belanjawan 2026.
#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI