YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan melakukan sesi libat urus bersama pegawai-pegawai tertinggi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di seluruh negara secara maya.

Antara pengisian ketika sesi libat urus tersebut adalah perkongsian pandangan dan cadangan ketika negara sedang dilanda pandemik COVID-19.
Bagi beliau, LHDNM merupakan agensi yang penting di bawah Kementerian Kewangan kerana LHDNM merupakan agensi peneraju di dalam memastikan Kerajaan terus mempunyai dana/peruntukan untuk terus beroperasi dalam memastikan kebajikan rakyat dan pembangunan negara berada di atas landasan yang disasarkan.

Semoga usaha bersama ini berjaya agar pendapatan hasil negara akan berterusan dan bertahan seterusnya dapat menyalurkan kepada tempat yang sepatutnya, khususnya untuk rakyat.