Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Bersama Pekebun Kecil & Pengusaha Sektor Agrikomoditi Di KPK

Sesi Libat Urus Bersama Pekebun Kecil & Pengusaha Sektor Agrikomoditi Di KPK

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan meluangkan masa menghadiri sesi libat urus bersama pekebun kecil dan pengusaha sektor agrikomoditi di Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), meliputi sektor sawit, getah, koko, kenaf, lada serta industri perkayuan.

Sesi ini memberi ruang kepada para pekebun kecil dan pengusaha untuk menyampaikan secara langsung pandangan, cadangan serta cabaran yang dihadapi kepada YAB Perdana Menteri. Input yang dikemukakan turut menjadi antara pertimbangan penting Kerajaan dalam merangka keutamaan Belanjawan 2027, khususnya bagi memperkukuh daya tahan sektor agrikomoditi serta meningkatkan kesejahteraan komuniti yang bergantung kepada sektor ini.

Turut hadir YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi; YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; serta YBhg. Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPK.

Arkib Foto