Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Bersama-sama FOMEDA

Sesi Libat Urus Bersama-sama FOMEDA

Kerajaan terus memperkukuh penguatkuasaan bagi memastikan hanya produk elektrik yang selamat, berkualiti dan mematuhi piawaian berada di pasaran Malaysia.

Semalam, selaras dengan arahan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan telah mengadakan sesi libat urus bersama Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Elektrik Malaysia (FOMEDA) bagi membincangkan usaha membanteras kemasukan produk elektrik yang tidak mematuhi piawaian keselamatan, operasi perniagaan tanpa lesen serta amalan perdagangan yang melanggar undang-undang.

Bagi memperkukuh tindakan ini, Kementerian Kewangan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Suruhanjaya Tenaga (ST), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta SIRIM akan melaksanakan Operasi Pematuhan Khas yang memberi tumpuan kepada:

  • Memperkukuh pemeriksaan di pintu masuk utama negara.
  • Membanteras pengisytiharan import palsu dan cubaan mengelakkan pemeriksaan.
  • Memperhebat pemeriksaan serta pensampelan produk di pasaran.
  • Memastikan platform e-dagang hanya menawarkan produk yang mematuhi piawaian keselamatan Malaysia.
  • Memastikan persaingan perniagaan yang adil kepada peniaga yang mematuhi undang-undang.

Orang ramai juga diseru agar sentiasa memilih produk elektrik yang mempunyai Label Keselamatan ST-SIRIM bagi melindungi diri dan keluarga.

Kerajaan kekal komited memperkukuh tadbir urus, meningkatkan penguatkuasaan serta melindungi kepentingan pengguna demi mewujudkan pasaran yang lebih selamat, berintegriti dan berdaya saing.

Arkib Foto