Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 diteruskan lagi dan dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.

Sesi libat urus ini antara lain bertujuan membincangkan cadangan inisiatif dalam usaha memperkasakan belia dan memperkukuhkan ekosistem sukan Negara.

Sesi tersebut telah berlangsung di Kompleks Kementerian Kewangan dan turut dihadiri oleh YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai kanan.

Kementerian Kewangan turut disertai oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato' Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara serta Pasukan Belanjawan 2025.
