Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 diteruskan dengan Kementerian Digital di Kompleks Kementerian Kewangan.

Sesi ini dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital.

Sesi libat urus ini diadakan bagi meneliti cadangan inisiatif dalam usaha memupuk pendigitalan negara dan mengukuhkan ekosistem digital negara, termasuk transformasi digital dalam penyampaian perkhidmatan Kerajaan, transformasi digital ekonomi dan memupuk masyarakat digital melalui peningkatan literasi, keselamatan serta menggalakkan penggunaan secara beretika.

Turut hadir dalam sesi libat urus ini mewakili Kementerian Kewangan ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato' Shahrol Anuwar bin Sarman, Pengarah Pejabat Belanjawan Negara dan Pasukan Belanjawan 2025.

Turut hadir mewakili Kementerian Digital ialah YBhg. Tuan Fabian Bigar, Ketua Setiausaha, Encik Adrian Marcellus, CEO MyDIGITAL serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Digital.
