Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 bersama Kementerian Kerja Raya

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 bersama Kementerian Kerja Raya

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 diteruskan dengan Kementerian Kerja Raya. Sesi libat urus ini dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kerja Raya.

Sesi libat urus ini diadakan bagi meneliti cadangan inisiatif berkaitan infrastruktur awam seperti jalan, bangunan dan fasiliti Kerajaan. Tumpuan akan diberikan dalam usaha menambah baik penyenggaraan jalan Persekutuan dan merancak industri pembinaan bagi terus memperkukuh sektor pembinaan negara dan memelihara kesejahteraan rakyat.

Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi libat urus ini ialah YBhg. Dato’ Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato' Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara dan Pasukan Belanjawan 2025.

#MalaysiaMADANI
#Belanjawan2025

Arkib Foto

Logo Accessibility