Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 bersama Kementerian Komunikasi

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 bersama Kementerian Komunikasi

Sesi libat urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 bersama Kementerian Komunikasi telah diadakan di Kompleks Kementerian Kewangan. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi.

Sesi ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Setiausaha serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Komunikasi.

Kementerian Kewangan pula diwakili oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) dan YBhg. Dato' Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara serta Pasukan Belanjawan 2025.

Sesi libat urus ini antara lainnya, meliputi penambahbaikan penyampaian maklumat terkini dan dasar Kerajaan kepada masyarakat dengan sahih, tepat, cepat, jelas dan berkesan serta penyediaan prasarana dan perkhidmatan komunikasi jalur lebar, Internet dan selular yang bermutu.

#MalaysiaMADANI
#Belanjawan2025

Arkib Foto

Logo Accessibility