Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 bersama Kementerian Luar Negeri

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 bersama Kementerian Luar Negeri

Sesi libat urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 telah diadakan bersama Kementerian Luar Negeri.

Sesi tersebut dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Luar Negeri.

Sesi perbincangan ini tertumpu kepada pelaksanaan dasar luar negara serta usaha memajukan dan melindungi kepentingan negara melalui pendekatan diplomasi yang dinamik dan proaktif. Antara topik utama adalah kebajikan diaspora Malaysia, yang melibatkan penambahbaikan perkhidmatan konsular bagi rakyat Malaysia di luar negara.

Sesi tersebut telah berlangsung di Kompleks Kementerian Kewangan dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha KLN serta pegawai-pegawai kanan KLN.

Kementerian Kewangan diwakili oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) dan YBhg. Dato' Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara serta Pasukan Belanjawan 2025.

#Belanjawan2025
#EkonomiMADANI

 

Arkib Foto

Logo Accessibility