Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 Bersama Kementerian Pendidikan Tinggi

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 Bersama Kementerian Pendidikan Tinggi

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 diteruskan lagi dan telah dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.

Sesi libat urus ini membincangkan cadangan inisiatif dalam usaha memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi melalui pemerkasaan bakat dan pengetahuan bagi mencapai kesejahteraan masyarakat untuk kemajuan Negara yang mampan.

Sesi tersebut telah berlangsung di Kompleks Kementerian Kewangan dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Mohamad Azhan Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg. Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi serta pegawai-pegawai kanan.

Kementerian Kewangan turut diwakili YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato' Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara, YBrs. Encik John Patrick a/l Antonysamy, Setiausaha Bahagian Cukai serta Pasukan Belanjawan 2025.

#EkonomiMADANI
#MalaysiaMADANI
#Belanjawan2025

Arkib Foto

Logo Accessibility