YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah menerima kunjungan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Pengurusan Tertinggi MITI diketuai oleh Ketua Setiausaha, YBhg. Dato' Hairil Yahri Yaacob. Kementerian Kewangan diwakili oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Shahrol Anuwar, Pengarah Belanjawan Negara serta Pasukan Belanjawan 2025.

