Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 diteruskan dengan perjumpaan antara YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.

Sesi libat urus ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan pegawai-pegawai kanan KBS.

Sesi libat urus ini antara lain telah membincangkan pelbagai Inisiatif Belanjawan 2026 khususnya dalam mempertingkatkan kecemerlangan sukan di peringkat nasional dan antarabangsa serta pemerkasaan belia agar berdaya saing dan progresif dalam pembangunan negara.

Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara dan pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara serta Pasukan Belanjawan 2026.
#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI