Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 telah diadakan dan dihadiri oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Sesi ini juga dihadiri oleh YBhg. Datuk Awang Alik Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri serta pegawai-pegawai kanan KDN.
Sesi libat urus ini antara lain membincangkan inisiatif-inisiatif yang menumpukan kepada pengukuhan keselamatan negara merangkumi kesiapsiagaan menangani jenayah siber dan pengukuhan keselamatan awam negara bagi membentuk persekitaran selamat dan masyarakat bebas jenayah.
Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan bersama YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), pegawai-pegawai kanan MOF dan Pasukan Belanjawan 2026.
#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMAD