Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 yang pertama bagi tahun ini telah bermula dengan Kementerian Kesihatan. Sesi ini dipengerusikan bersama oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, bersama YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan.

Sesi libat urus ini antara lain membincangkan inisiatif berkaitan reformasi sistem kesihatan negara, termasuk cadangan untuk memberi tumpuan kepada menambah baik infrastruktur serta meningkatkan kesejahteraan kesihatan rakyat.

Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan bersama YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara dan Pasukan Belanjawan 2026.
