YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah mengadakan sesi libat urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 dengan Kementerian Komunikasi yang dihadiri oleh YB Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi, YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi, YBhg. Dato' Seri Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Setiausaha Kementerian bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian.
Perbincangan dalam sesi libat urus ini merangkumi pelbagai inisiatif termasuk memantapkan capaian rangkaian 5G yang inklusif, memperkukuh infrastruktur telekomunikasi dan pembangunan industri kandungan kreatif negara.
Sesi ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara dan pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara serta Pasukan Belanjawan 2026.
#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI