Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 diteruskan dengan perjumpaan bersama YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II di Jabatan Perdana Menteri.
Sesi ini antara lain telah membincangkan pelbagai inisiatif strategik seperti peranan MARA, KEMAS, pemerkasaan Tabika KEMAS, peningkatan prasarana dan kebajikan masyarakat luar bandar serta pengukuhan TVET.
Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan bersama YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara dan Pasukan Belanjawan 2026.
#MalaysiaMADANI
#Belanjawan2026
#MADANIBekerja