Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 Bersama KLN

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 Bersama KLN

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 diteruskan dengan perjumpaan antara YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan bersama YBhg. Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri.

Sesi libat urus ini turut dihadiri oleh YBhg. Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin, Timbalan Ketua Setiausaha (Khidmat Pengurusan) dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar Negeri.

Sesi libat urus ini telah membincangkan pelbagai inisiatif strategik antaranya berkaitan memperkukuh peranan, pengaruh dan imej positif Malaysia di persada serantau dan global serta memperluas jaringan strategik ekonomi, perdagangan dan pelaburan. Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara, YBrs. Puan Afidah Azwa Abdul Aziz, Ketua Pasukan Belanjawan 2026 dan pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara serta Pasukan Belanjawan 2026.

#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility