Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 telah diadakan dihadiri oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Sesi ini juga dihadiri oleh YB Senator Datuk Dr. Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri dan YBhg. Dato' Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Sesi libat urus ini antara lain membincangkan inisiatif-inisiatif yang menumpukan kepada usaha menangani kos sara hidup dan pemerkasaan ketangkasan penguatkuasaan dalam melindungi hak pengguna serta ketirisan barang kawalan dan bersubsidi.
Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) serta pegawai-pegawai kanan MoF dan Pasukan Belanjawan 2026.
#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI