Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 diteruskan dengan perjumpaan antara YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Sesi libat urus ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Sesi libat urus ini telah membincangkan pelbagai inisiatif strategik berkaitan perumahan, kerajaan tempatan dan kemakmuran komuniti serta memastikan penyampaian perkhidmatan perbandaran yang mampan bagi meningkatkan kualiti hidup serta kesejahteraan rakyat.
Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara, YBrs. Encik John Patrick a/l Antonysamy, Setiausaha Bahagian Cukai, YBrs. Puan Afidah Azwa Abdul Aziz, Ketua Pasukan Belanjawan 2026 dan pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara serta Pasukan Belanjawan 2026.
#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI