Sesi Libat Urus bagi Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 bersama YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II diteruskan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang dihadiri oleh YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan dan YB Tuan Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha serta pegawai-pegawai kanan Kementerian.
Sesi libat urus ini antara lain membincangkan cadangan inisiatif bagi pelaksanaan dasar dan strategi pendidikan negara serta isu-isu semasa pendidikan merangkumi isu buli di sekolah dan fasiliti asas sekolah.
Kementerian Kewangan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara serta pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara dan Pasukan Belanjawan 2026.
#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI