Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 telah diadakan antara YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dan YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II di Bangunan Parlimen Malaysia.
Sebagai Kementerian yang bertanggungjawab ke atas agenda Perpaduan Negara, KPN telah mengemukakan cadangan-cadangan bagi pelaksanaan agenda perpaduan dan pembinaan negara bangsa secara menyeluruh serta memberi fokus kepada usaha memantapkan ekosistem perpaduan di peringkat komuniti melalui pendekatan Whole of Nation dan mempertingkatkan penyelenggaraan premis perpaduan.
Di samping itu, agenda melestarikan perpaduan melalui pemerolehan, pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah warisan negara turut diberi penekanan di dalam cadangan Belanjawan 2026 pada kali ini.
Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara, Bahagian Cukai dan Pasukan Belanjawan 2026.
#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI