Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 bersama Menteri Agama

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 bersama Menteri Agama

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 telah diadakan antara YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Haji Mokhtar, Menteri Agama di Kompleks Kementerian Kewangan.

Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM serta pegawai-pegawai kanan JAKIM yang lain. 

Antara inisiatif utama yang dicadangkan di bawah Belanjawan 2026 bagi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkumi pelbagai langkah strategik yang menyokong pemerkasaan industri halal, pemantapan perkhidmatan pendidikan Islam, pengukuhan sistem sokongan dakwah Islam serta pembangunan modal insan komuniti yang lebih bersasar.

Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato' Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara dan Pasukan Belanjawan 2026.

#Belanjawan2026 
#EkonomiMADANI 
#RancakkanMADANI 
#MalaysiaMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility