Sesi Libat Urus bagi Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 bersama YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II diteruskan dengan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) yang dihadiri oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha serta pegawai-pegawai kanan MINDEF.
Dalam sesi ini, MINDEF telah mencadangkan inisiatif yang menumpukan kepada pemerkasaan tentera antaranya kerjasama dengan masyarakat awam, pembangunan kapasiti dan kebolehpasaran tentera dan veteran serta kemudahan dan fasiliti ketenteraan.
Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini adalah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara serta pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara dan Pasukan Belanjawan 2026.
#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI