Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 bersama MOSTI

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 bersama MOSTI

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 telah diadakan antara YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sesi ini juga dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri dan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sesi libat urus ini antara lain membincangkan inisiatif-inisiatif yang menumpukan kepada usaha mempergiatkan penyelidikan dan pembangunan serta penyediaan bakat berkemahiran teknikal yang tinggi bagi meningkatkan kompleksiti ekonomi di samping memperluaskan sains, teknologi dan inovasi untuk manfaat rakyat. 

Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan bersama pegawai-pegawai kanan MoF dan Pasukan Belanjawan 2026.

#Belanjawan2026 
#EkonomiMADANI 
#RancakkanMADANI 
#MalaysiaMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility