Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 bersama MOTAC

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 bersama MOTAC

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 telah diadakan antara YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dengan YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Sesi libat urus ini antara lain telah membincangkan pelbagai inisiatif strategik bagi merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan negara menjelang penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026.

Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan bersama YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara, Bahagian Cukai dan Pasukan Belanjawan 2026.

#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility