Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 Bersama NRES

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 Bersama NRES

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 telah diadakan antara YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II di Bangunan Parlimen Malaysia.

Sebagai Kementerian yang bertanggungjawab ke atas agenda kelestarian alam sekitar serta memartabatkan sumber asli negara, NRES telah mengemukakan cadangan-cadangan bagi melindungi dan memulihara kawasan perlindungan negara selaras dengan dasar nasional dan komitmen antarabangsa seperti Program Perlindungan Dan Rondaan Biodiversiti, pelaksanaan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) dan pengukuhan Pusat Biodiversiti Malaysia.

Selain itu, perbincangan juga berkisar tentang langkah Kerajaan untuk membangunkan industri mineral khususnya industri berasaskan unsur nadir bumi. Agenda pengurusan bencana banjir serta pencerobohan hidupan liar turut dibincangkan semasa perjumpaan ini.

Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara serta pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara dan Pasukan Belanjawan 2026.

#Belanjawan2026 
#EkonomiMADANI 
#RancakkanMADANI 
#MalaysiaMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility