Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 telah diadakan antara YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dan YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II di Bangunan Parlimen Malaysia.

Sebagai kementerian yang bertanggungjawab ke atas agenda peralihan tenaga dan transformasi air, PETRA telah mengemukakan cadangan-cadangan inisiatif berkenaan pengurusan air dan risiko banjir serta penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui.

Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara, Bahagian Cukai dan Pasukan Belanjawan 2026.

#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI