Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 bersama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipengerusikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dan dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; YAA Dato’ Haji Mohd Amran Haji Mat Zain, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia; Tuan Haji Mustakim Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji; YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM; Tuan Haji Zamri Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM; YBhg. Dato’ Hajah Norison Ramli, Pengarah Belanjawan Negara serta pegawai-pegawai kanan MoF dan JPM (Hal Ehwal Agama) bersama Pasukan Belanjawan 2027.

Sesi ini memberi tumpuan kepada cadangan strategik bagi memperkukuh pengurusan dan penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam, khususnya dalam memperkasa institusi pendidikan Islam, meningkatkan kebajikan serta keupayaan petugas agama, dan memperkukuh institusi serta sistem perundangan Syariah agar lebih responsif terhadap keperluan masyarakat.

Perbincangan turut merangkumi usaha memperluas sokongan pendidikan agama, termasuk kepada murid berkeperluan pendidikan khas, memperkukuh kesejahteraan keluarga Islam serta mengarusperdanakan nilai Masyarakat MADANI dalam pembangunan masyarakat yang lebih sejahtera, inklusif dan berdaya tahan.

Kementerian Kewangan komited untuk meneliti setiap cadangan secara menyeluruh bagi memastikan inisiatif yang dipertimbangkan memberi impak nyata kepada rakyat, mampan dari sudut fiskal serta menyokong pembangunan sosial negara secara menyeluruh.

Arkib Foto