Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 bersama YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah diadakan dan turut disertai YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II.

Sesi libat urus ini diadakan bagi membincangkan cadangan serta keutamaan Belanjawan 2027 yang memberi tumpuan kepada penyelenggaraan dan penaiktarafan aset awam, termasuk kemudahan sukan dan rekreasi, infrastruktur bandar, kemudahan komuniti serta projek yang menyokong kesejahteraan penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Selain itu, perbincangan turut memfokuskan inisiatif pemerkasaan sosioekonomi komuniti, pengukuhan keselamatan dan ketenteraman awam, pembudayaan gaya hidup sihat, pemeliharaan warisan serta pelaksanaan program yang dapat meningkatkan keterangkuman sosial dan pembangunan komuniti setempat.

Turut hadir YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), serta pegawai kanan daripada Jabatan Wilayah Persekutuan dan Pasukan Belanjawan 2027.

Arkib Foto