Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Kementerian Dalam Negeri

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Kementerian Dalam Negeri

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diadakan dengan kehadiran YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Sesi ini memberi tumpuan kepada cadangan inisiatif untuk memperkukuh keselamatan dan ketenteraman awam, termasuk usaha menangani jenayah siber dan penipuan dalam talian, meningkatkan keupayaan penguatkuasaan melalui pendigitalan dan teknologi kecerdasan buatan (AI), memperkukuh keselamatan komuniti dan maritim, memperluas akses kepada perkhidmatan kerajaan serta memperkasa program pemulihan dan reintegrasi.

Inisiatif yang dibincangkan menjurus kepada peningkatan keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta kesiapsiagaan agensi keselamatan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Awang Alik Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri; YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar); pegawai-pegawai kanan KDN dan MoF serta Pasukan Belanjawan 2027.

Arkib Foto