Pilih bahasa anda
Kementerian Kewangan (MoF) meneruskan siri Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang dihadiri oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Sesi ini memberi tumpuan kepada cadangan strategik bagi meningkatkan momentum promosi pelancongan Malaysia secara optimum berteraskan prinsip Leave No One Behind in Tourism Economy selaras dengan nilai Malaysia MADANI.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancongan, memperkukuh daya saing, ketahanan dan meningkatkan produktiviti industri pelancongan, kebudayaan dan warisan, memperkasa Malaysia sebagai hab acara perniagaan bertaraf dunia serta memperkasa seni, budaya dan warisan negara.

Turut hadir YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; YBhg. Dato’ Shaharuddin Abu Sohot, Ketua Setiausaha MOTAC; pegawai-pegawai kanan MoF dan MOTAC serta Pasukan Belanjawan 2027.

