Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Kementerian Perladangan & Komoditi

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama Kementerian Perladangan & Komoditi

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 bersama Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dipengerusikan bersama oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi.

Sesi ini memberi tumpuan kepada penelitian prestasi sektor serta strategi untuk memperkukuh ekosistem perladangan negara, khususnya dalam meningkatkan taraf sosioekonomi pekebun kecil dan memperkasa daya saing industri komoditi secara menyeluruh.

Fokus turut diberikan kepada pemerkasaan usahawan hiliran dalam kalangan B40, Bumiputera, wanita dan belia menerusi pelbagai bentuk sokongan keusahawanan dan teknikal. Dalam usaha memperkukuh keterjaminan pendapatan komuniti tani, perbincangan turut menyentuh langkah menangani ancaman penyakit tanaman serta risiko cuaca ekstrem yang boleh menjejaskan hasil pengeluaran. Aspek infrastruktur asas dan peningkatan produktiviti kebun turut diberikan perhatian.

Kementerian Kewangan komited untuk memastikan setiap cadangan yang dinilai mampu memberikan impak yang nyata, mampan dari sudut fiskal serta memberi manfaat langsung kepada rakyat dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Turut hadir YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; YBhg. Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPK; serta pegawai-pegawai kanan MoF dan KPK bersama Pasukan Belanjawan 2027.

Arkib Foto