Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama KKDW

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama KKDW

Pembangunan negara yang seimbang perlu memastikan kemajuan dan peluang ekonomi turut dirasai oleh masyarakat di luar bandar.

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan (MoF) telah mengadakan Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi meneliti keutamaan, keperluan serta cadangan inisiatif dalam memperkukuh agenda pembangunan luar bandar negara.

Sesi ini dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II.

Perbincangan memberi tumpuan kepada beberapa bidang utama termasuk pemerkasaan ekonomi dan keusahawanan desa, pembangunan modal insan, pengukuhan jaringan prasarana serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu kepada peningkatan pendapatan, produktiviti dan peluang ekonomi masyarakat luar bandar.

Sesi libat urus ini merupakan sebahagian daripada proses penyediaan Belanjawan 2027 yang menekankan pendekatan inklusif, bersasar dan berasaskan keperluan sebenar rakyat. Setiap pandangan dan cadangan yang dikemukakan akan diteliti bagi memastikan sumber negara dapat disalurkan kepada inisiatif yang memberi impak bermakna serta mampu merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Usaha ini juga mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memastikan pembangunan tidak hanya tertumpu kepada pertumbuhan ekonomi semata-mata, tetapi diterjemahkan kepada peluang, pendapatan dan kualiti hidup yang lebih baik untuk rakyat di seluruh negara.

Turut hadir YB Datuk Hajah Rubiah Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah; YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; pegawai-pegawai kanan MoF dan KKDW serta Pasukan Belanjawan 2027.

Arkib Foto