Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama KPM

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama KPM

Sesi libat urus cadangan inisiatif Belanjawan 2027 diteruskan lagi bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dengan tumpuan kepada usaha memperkukuh sistem pendidikan negara serta memastikan pembangunan pendidikan terus seiring dengan keperluan rakyat dan ekonomi masa hadapan.

Sesi ini dihadiri oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia.

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama KPM

Perbincangan memberi tumpuan kepada cadangan strategik bagi memastikan akses pendidikan yang lebih meluas, inklusif dan berkualiti, di samping mempersiapkan generasi masa hadapan mendepani perubahan teknologi serta memenuhi keperluan ekonomi negara.

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama KPM

Turut diberi perhatian ialah pemerkasaan prasarana pendidikan bagi mewujudkan sekolah yang lebih selamat dan kondusif serta memastikan kesejahteraan murid. Kesejahteraan guru turut menjadi antara fokus penting sebagai asas dalam memperkukuh kualiti pendidikan dan membentuk generasi masa hadapan.

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama KPM

Turut hadir YB Tuan Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan; YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; YBhg. Dato’ Wan Hashim Wan Rahim, Ketua Setiausaha KPM; YBrs. Dr. Mohd Azam Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan; serta pegawai-pegawai kanan MoF dan KPM bersama Pasukan Belanjawan 2027.

Arkib Foto