Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama KPWKM

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama KPWKM

Kementerian Kewangan (MoF) meneruskan siri Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), yang dihadiri oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II; YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; serta YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri KPWKM.

Sesi libat urus ini memberi tumpuan kepada cadangan inisiatif yang dapat memperkukuh pembangunan dan kesejahteraan wanita, keluarga serta masyarakat secara menyeluruh. Perbincangan turut meneliti keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh pelbagai kumpulan masyarakat, termasuk kanak-kanak, wanita, warga emas dan orang kurang upaya (OKU), bagi memastikan sokongan serta perlindungan sosial dapat diperkukuh secara lebih menyeluruh dan berkesan.

Seiring dengan perubahan demografi dan keperluan masyarakat yang semakin dinamik, Kerajaan komited untuk memastikan setiap inisiatif yang dirangka bukan sahaja menangani keperluan semasa, malah mampu membina daya tahan keluarga, memperkasa golongan yang memerlukan serta menyediakan asas yang lebih kukuh untuk kesejahteraan rakyat dalam jangka panjang.

Sesi libat urus ini merupakan sebahagian daripada pendekatan Kerajaan dalam memastikan penyediaan Belanjawan 2027 mengambil kira pandangan, keutamaan dan realiti di lapangan, agar setiap ringgit yang dibelanjakan dapat memberi makna kepada rakyat.

Turut hadir YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM; pegawai-pegawai kanan KPWKM dan MoF serta Pasukan Belanjawan 2027.

Arkib Foto