Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama NRES

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Bersama NRES

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 telah dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama-sama dengan YB Dato' Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam sebagai salah satu persiapan penyediaan Belanjawan 2027. Turut hadir YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; pegawai-pegawai kanan MoF dan NRES serta Pasukan Belanjawan 2027.

Sesi libat urus ini memfokuskan kepada cadangan strategik bagi memperkukuh agenda kelestarian alam dan pengurusan sumber asli secara mampan selaras dengan prinsip Malaysia MADANI. Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha memperkukuh pemuliharaan biodiversiti, meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber asli dan kawasan perlindungan, memperkukuh daya tahan alam sekitar dan kesejahteraan rakyat.

Belanjawan 2027 turut dibentuk melalui suara rakyat. Orang ramai dialu-alukan untuk mengemukakan idea, pandangan dan cadangan melalui Portal Cadangan Belanjawan di:

 https://belanjawan.mof.gov.my

Arkib Foto