Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Di BNM

Sesi Libat Urus Di BNM

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengadakan sesi libat urus bersama ketua-ketua pegawai eksekutif institusi perbankan bagi menyelaras langkah lebih proaktif dalam membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menghadapi tekanan krisis tenaga global serta konflik Asia Barat yang menjejaskan rantaian bekalan dunia.

Walaupun ekonomi Malaysia kekal kukuh berbanding banyak negara lain, perhatian serius perlu diberikan kepada sektor tertentu, khususnya PMKS yang menjadi tulang belakang pertumbuhan ekonomi negara.

Sehubungan itu, Bank Negara Malaysia akan memperkenalkan Kemudahan Khas berjumlah RM5 bilion untuk disalurkan melalui sektor perbankan kepada PMKS yang terjejas. Inisiatif ini melengkapi jaminan RM5 bilion di bawah SJPP yang diumumkan sebelum ini, menjadikan jumlah keseluruhan sokongan kewangan mencecah RM10 bilion.

YAB Dato’ Seri Anwar turut menekankan agar bantuan ini tidak hanya tertumpu kepada pelanggan sedia ada, malah turut memanfaatkan PMKS baharu yang benar-benar memerlukan. Dalam suasana ketidaktentuan global, institusi perbankan perlu berperanan sebagai rakan strategik kepada perniagaan, bukan sekadar pemberi pinjaman.

Kerajaan akan terus memastikan setiap langkah sokongan dilaksanakan secara bersasar, berhemat dan responsif demi melindungi kelangsungan perniagaan tempatan, memelihara pekerjaan rakyat serta memperkukuh daya tahan ekonomi negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility