YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan telah mengadakan lawatan kerja dan sesi libat urus bersama-sama warga Bahagian Fiskal dan Ekonomi (FED).
Sesi ini telah dihadiri oleh barisan pegawai FED yang diketuai oleh YBrs. Dr. Mastura Abdul Karim, YBrs. Dr. Nirwan Noh, Puan Rozita Abd Matalib, Encik Imri Dolhadi Ab Wahab serta pegawai-pegawai bahagian.
Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat berkaitan latar belakang dan fungsi FED, yang memainkan peranan penting dalam perancangan fiskal negara serta analisis ekonomi makro.
Taklimat ini turut merangkumi pembentangan Tinjauan Fiskal dan Ekonomi bagi tahun 2025 dan 2026, termasuk hala tuju dasar fiskal, unjuran ekonomi semasa serta cabaran dan risiko yang dijangka dihadapi dalam persekitaran ekonomi global dan domestik.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh isu-isu semasa berkaitan pengurusan fiskal, kemampanan kewangan awam dan keperluan penambahbaikan dasar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.
Lawatan ini memberi peluang untuk meningkatkan kefahaman bersama, memperkukuh jaringan kerjasama antara bahagian serta menjadi platform pertukaran pandangan yang konstruktif dalam menyokong peranan Kementerian Kewangan sebagai peneraju pengurusan ekonomi dan fiskal negara.