Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Jelajah Belanjawan 2026 bersama KPWKM

Sesi Libat Urus Jelajah Belanjawan 2026 bersama KPWKM

Sesi Libat Urus Jelajah Belanjawan 2026 bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah berlangsung dengan penyertaan rakan strategik daripada kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Sesi ini bertujuan mengenal pasti cabaran sosial semasa serta meneliti cadangan-cadangan bagi memperkasa aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan demi menjamin kemaslahatan hidup golongan rentan di seluruh negara.

Antara NGO yang turut serta dalam sesi ini ialah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia (NCBM), KOMITED Malaysia, Majlis Pusat Kebajikan Semalaysia (MPKSM), Women’s Aid Organisation (WAO), All Women’s Action Society (AWAM), Self-care and Social Support Platform (SAPOT), The International Women's Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ) serta Association for Residential Aged Care Operators of Malaysia (AGESCOPE).

Sesi ini merupakan platform penting dalam mendapatkan input secara langsung berasaskan aspirasi dan pandangan rakyat, seterusnya memastikan Belanjawan 2026 dirangka secara inklusif, responsif dan berpaksikan keperluan sebenar rakyat Malaysia.

#MalaysiaMADANI
#Belanjawan2026
#MADANIBekerja

Arkib Foto

Logo Accessibility