Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Jelajah Belanjawan 2027 Bersama Pengendali Platform / Ekonomi Gig

Sesi Libat Urus Jelajah Belanjawan 2027 Bersama Pengendali Platform / Ekonomi Gig

Sesi perjumpaan antara YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama pihak pengurusan pengendali platform e-hailing dan p-hailing, Grab telah diadakan.

Perbincangan tersebut tertumpu kepada langkah-langkah strategik bagi memelihara kebajikan serta meningkatkan pendapatan bersih (take-home pay) para pekerja ekonomi gig.

Dalam pertemuan ini, pihak pengendali platform telah menyampaikan komitmen pelaburan bersama bagi menyokong kelestarian ekosistem perkhidmatan digital. Cadangan yang dikemukakan merangkumi pelan meringankan kos operasi rakan pemandu, usaha menyokong integrasi mobiliti pengangkutan awam, usaha merancakkan sektor perniagaan tempatan serta program peningkatan kemahiran pekerja gig.

Kerajaan sentiasa komited dalam memudah cara kerjasama strategik bersama pihak industri demi memperkasakan ekosistem ekonomi gig negara.

Turut hadir dalam sesi ini ialah YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Pasukan Belanjawan 2027

Arkib Foto