YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah mengadakan sesi libat urus dengan Alumni Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS) Terengganu sempena siri jelajah #Bajet2023.
Turut hadir adalah ketua-ketua agensi Kementerian Kewangan Pantai Timur seperti Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan beberapa agensi lagi.
Selain mendapat maklum balas berkenaan Bajet 2023, beliau juga berkesempatan berkongsi dengan mereka tentang keadaan ekonomi semasa dan cabaran yang mendepani ekonomi negara pasca COVID-19.
Terima kasih beliau ucapkan kepada semua yang hadir dan juga mereka yang telah memberikan pandangan dan saranan. Sudah pastinya beliau dan #TeamMOF akan mengambil maklum semua perkara tersebut untuk dibawa ke peringkat kementerian.