YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berjumpa dengan para mahasiswa dalam sesi libat urus #Bajet2023 di Machang, Kelantan.
Di Kementerian Kewangan, kita juga ingin mengetahui hasrat mahasiswa-mahasiswa di lain-lain negeri dan bukan sahaja hanya mahasiswa di ibu negara kerana #TeamMOF percaya setiap pelajar mempunyai cabaran berbeza dan lain kehendaknya.
Meskipun masih muda dan belia, banyak idea menarik dan bagus yang disuarakan oleh para mahasiswa dalam sesi tersebut.
Semua pandangan dan cadangan akan #TeamMOF ambil maklum dan perhatian untuk dimasukkan sebagai input Bajet 2023.