YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil institusi, tenaga pengajar, agensi-agensi Kerajaan serta pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) berkaitan golongan rentan di Hilton Kota Kinabalu, Sabah.
Adalah amat penting untuk mendapatkan input dan mendengar setiap pandangan daripada pelbagai pihak untuk memastikan kumpulan sasar golongan rentan diberi perhatian.
Terima kasih beliau ucapkan kepada semua yang telah menyuarakan cadangan untuk kita menambahbaik lagi kehidupan golongan rentan.
#TeamMOF akan mempertimbangkan keperluan dan segala kepentingan berkaitan golongan rentan dalam penyediaan Bajet 2023.