YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah mengadakan sesi libat urus bersama ketua-ketua jabatan dan agensi serta pihak berkepentingan di Auditorium Galeri Azman Hashim Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah bagi mendengar pandangan dan cadangan yang diutarakan terhadap isu konservasi secara menyeluruh meliputi konteks pemeliharaan dan pemuliharaan untuk memastikan keseimbangan ekosistem dan habitat liar terpelihara.
Pelbagai cadangan dan mekanisme yang dikongsikan oleh pihak yang hadir dalam memastikan negara kita dapat merangka pelan-pelan pembangunan kelestarian yang mampan.
Terima kasih beliau ucapkan kepada semua yang terlibat dalam sesi tersebut.
Beliau akan kemukakan pandangan dan cadangan yang telah dikongsi sepanjang sesi tersebut.