YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama #TeamMOF di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya untuk sesi libat urus kementerian.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada #TeamMOF yang sanggup mengorbankan hari cuti umum bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terus berjalan dengan lancar demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.

Beliau juga berharap agar sokongan dan kerjasama antara #TeamMOF sentiasa berterusan dan segala usaha yang dicurahkan akan dipermudahkan dan diberkati.

