YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan menghadiri sesi menghadiri sesi libat urus Kementerian Kewangan (MOF) bersama pegawai-pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) secara dalam talian di seluruh Malaysia.
Seramai 300 orang warga AADK, wakil-wakil MOF dan Bank Negara Malaysia turut bersama-sama beliau dalam sesi tersebut.

Dalam perjumpaan tersebut, pihak MOF dapat menyampaikan maklumat-maklumat terkini berkenaan inisiatif-inisiatif yang telah diumumkan oleh Kerajaan dan turut memberi ruang kepada pegawai-pegawai AADK untuk bertanya serta memberi cadangan-cadangan yang boleh disalurkan dan dipertimbangkan untuk Bajet 2022.

Beliau berharap semua pegawai AADK dapat mewakili Kerajaan dalam menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada seluruh masyarakat dan sama-sama memainkan peranan dalam tempoh menangani pandemik COVID-19 agar negara kembali pulih.