Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi libat urus MOF bersama JKM

Sesi libat urus MOF bersama JKM

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan menghadiri sesi libat urus Kementerian Kewangan (MOF) bersama pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh Malaysia.

Seramai 210 orang pegawai-pegawai JKM, wakil-wakil MOF dan Bank Negara Malaysia yang turut bersama-sama beliau dalam sesi dalam talian tersebut.

Dalam perjumpaan tersebut, pihak MOF telah menyampaikan maklumat-maklumat berkenaan inisiatif yang telah diumumkan oleh Kerajaan dan turut memberi ruang kepada pegawai-pegawai JKM untuk bertanya serta memberi pelbagai cadangan yang boleh disalurkan dan dipertimbangkan untuk Bajet 2022.

Beliau berharap semua pegawai dapat mewakili Kerajaan dalam menyampaikan maklumat-maklumat kepada seluruh masyarakat dan bersama-sama memainkan peranan dalam tempoh menangani pandemik COVID-19 agar negara kembali pulih.

Arkib Foto

Logo Accessibility