Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi libat urus MOF bersama RELA

Sesi libat urus MOF bersama RELA

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan menghadiri sesi libat urus Kementerian Kewangan (MOF) secara dalam talian bersama pegawai-pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di seluruh negara.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan RELA, wakil MOF dan wakil Bank Negara Malaysia (BNM) yang sama-sama terlibat dalam sesi maya tersebut.

Sepanjang sesi tersebut berlangsung, beliau turut bertanya khabar dan bertukar pandangan bersama pegawai-pegawai RELA tentang perkembangan terkini berkenaan inisiatif Kerajaan yang terbaru untuk rakyat.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seramai tiga juta orang anggota sukarelawan RELA di seluruh negara di atas peranan dan komitmen penuh yang diberikan sepanjang penularan pandemik Covid-19 antaranya membantu petugas-petugas di sekatan jalan raya (SJR), membantu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) malah turut membantu dalam operasi-operasi pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Arkib Foto

Logo Accessibility